Ramai yang teruju bilamana nama Raja Ampat disebut. Manakala ramai juga yang tidak tahu dimana terletaknya lokasi Raja Ampat. Mungkin juga ada yang tertanya dan terkesan dengan kehadiran Raja Ampat sebagai destinasi nature papular di daerah Kubupaten Sorong, Papua Barat. Suatu masa dulu dikenali sebagai Irian Jaya.
Raja Ampat ialah National Park yang terkenal dengan kecantikan dan keunikan alam
semula jadi yang masih terpelihara dan dikawal oleh pemerintah sebagai destinasi pelancungan yang menyumbang impak kepada ekononi pelancungan setempat.
|
Lokasi Raja Ampat dan penerbangan kelokasi. |
Sungguhpun Raja Ampat tidak menyediakan kemudahan asas yang selisa sebagaimana destinasi pelancungan utama tetapi kepada pencinta alam, Raja Ampat adalah segalanya
Awal pagi ZBA telah berada di Ujung Pandang Airport untuk penerbangan ke Sorong. Tepat 02.55am pesawat Lion Air meluncur laju menerjah angkasa dengan kapasiti penumpang yang penuh. Sebenarnya pesawat ini adalah dalam rangka ke Manokwari dan transit di Sorong. Ramai penumpang dilihat meneruskan tidor dan ada juga yang membaca dan sebagainya. Disebelah ZBA adalah seorang gadis hitam manis keturunan Papua.
|
DEO Sorong Papua Barat |
Seawal pagi kelihatan dibawahnya hutan belantara menunjukan bahawa pesawat telah berada diruang udara Papua Barat. Selebihnya adalah penerbangan diatas laut Celebes dan kami dijangka mendarat mengikut jadual jam 06.30am waktu tempatan.
Tepat pada jangkaan. Beberapa minit kemudian pramugari mengumumkan bahawa kami akan mendarat sebentar lagi.
ZBA menjenguk kearah tingkap semasa pesawat sedang approch ke landasan. Pesawat Boeng 737-900 membuat approch dengan kelajuan yang amat laju sebelum mencecah landasan. Adoh, seram dan perasaan takut menyelubungi penumpang ketika itu. Tapi Alhamdulillah kami mendarat dengan selamat di Sorong DEO Airport.
Jadual kami hari ini sepatutnya daripada Sorong terus ke Waisai dengan menaiki Ferry jam 09.00am. Tetapi oleh kerana sesuatu sebab perjalanan kami ke Waisai ditunda pada jam 14.00pm. Ini telah menjejaskan Itinerary sebelumnya. Beberapa tempat lawatan terpaksa dibatalkan dan kami tiba didestinasi penginapan di Pulau Amborek daripada Waisai jam 19.00pm.
Cerita disebalik kelewatan ini saya paparkan untuk tidak terjadi kepada orang atau kumpulan lain kerana ketidak jujuran pengendali tour setempat.
Chronology.
1. Kami dimaklumkan sehari sebelum bahawa Ferry ke Waisai tidak beroperasi pada hari tersebut untuk keberangkatan jam 0900am kerana cuti HUT Indonesia. Sebenarnya Ferry beroperasi mengikut jadual. Perkara dimaklumkan oleh rakan kami yang menaiki Ferry tersebut jam 09.00am. Dipendekan cerita pengendali tour sengaja membohongi kami kerana menunggu rakan mereka daripada Jakarta yang ETA Sorong selepas jam 09.00am.
2. Boat yang digunakan untuk tour tidak diselenggarakan dengan baik dan mengalami kerosakan dipertengahan laut. Kehabisan minyak dan terpaksa menggunakan satu injin bagi menghadi gelombang Laut Celebes yang ketinggian ombaknya mencecah 1 hingga 5 meter.
|
Celebes Jet Blue |
3. Langsung tidak ada safety kepada penumpang. Penumpang tidak disediakan "Pelampung Keselamatan" sepanjang tour. Sedangkan antara satu destinasi ke satu destinasi mengambil masa berjam-jam dengan boat. Pilihan jika terjadi "capsize", penumpang akan menjadi santapan jerung.
4. Tour guide yang tidak terlatih dengan keadaan. Tidak ada briefing atau penerangan langsung setibanya disesuatu tempat yang dilawati.
Walau bagaimana pun secara jujur ZBA berterima kasih diatas kecekapan Jurumudi Boat yang tenang dan cekap mengendalikan keadaan semasa kami menempuh ombak yang besar. Terima kasih juga kepada Juruteknik Injin yang bertungkus lumus menentukan injin berfungsi sepanjang perjalanan.
Dalam satu briefing rengkas semua perkara tersebut telah dimaklumkan oleh ZBA kepada Tour Leader dan krew yang bertugas. Pihak pengurusan juga dimaklumkan atas ketidakpuas hati kami diatas layanan yang diberikan.
Oleh yang demikian, sebagai nasihat, sila pilih tour yang establish dan jangan memikirkan tentang tawaran murah yang diberikan malah utamakan keselamatan jiwa ketika pergi beriadah. Maaf ZBA tidak mahu memaparkan nama Tour Agent yang berkenaan demi menjaga nama baik dan business mereka. Tetapi kepada sesiapa yang terbaca artikel ini sila hubungi ZBA untuk mendapatkan penerangan.
Jadi kami disajikan dengan gula-gula bagi mengubati sakit hati kerana menangguhkan perjalanan. Dibawanya kami kesebuah perkampungan "Replika Orang Asli Papua" yang terletak 30 minit perjalanan diluar daripada Kota Sorong. Perkampungan ini agak baru tetapi dibangunkan mengikut kehidupan primitif masyarakat setempat.
Sungguhpun ini sebagai replika tetapi sedikit sebanyak dapat juga kita mengenali dan mempelajari sesuatu. Jika pembaca ingin menghayati situasi sebenar, boleh saja melawat Wamena 1J perjalanan dengan pesawat daripada Jayapura. (ZBA telah mempunyai Itinerary untuk melawat Wamena tetapi keadaan keselamatan membantutkan perjalanan).
Diperbuat daripada sejenis buah labu yang dibentuk mengikut kemahuan sejak buah dalam proses pembesaran dipokok. Apabila sudah matang buah dipetik dan dikeluarkan isi didalamnya dan dikeringkan. Walau pun nampak besar tetapi amat ringan. Terdapat pelbagai bentuk dan saiz dan bentuk mengikut kesesuaian pengguna.
Cara memakainya ialah memasukan kemaluan kedalam labu tersebut dan digantung dengan menggunakan tali dan membuat lilitan kebadan. Koteka akan menunjuk kelangit dan tidak dapat dipastikan bilamana kemaluan membesar secara tetiba. Ha, ha, ha. Jika ke Wamena ini adalah perkara biasa yang boleh kita lihat.
Asli Papua dalah minyak lintah daun yang telah diproses untuk dijadikan minyak pelincir. Dimaklumkan agak mujarab kepada pengguna dan ada yang boleh melihat bulan dan bintang bila digunakan.
Tengahari kami dibawa ke Pelabuhan Sorong hanya 15 minit perjalanan daripada Bandar Sorong. Ketika ini ferry sedang memunggah muatan untuk dibawa ke Waisai. Ferry adalah pengangkutan utama bagi kedua-dua destinasi.
|
Pelabuhan Ferry Penumpang Sorong. |
Penumpang agak ramai dan ferry dijangka bertolak mengikut jadual jam 14.00pm.
Sebaik ketibaan di Jetty Waisai pada jam 16.30pm, telah sedia menanti "Jet Blue" yang akan membawa kami ke Pulau Arborek. Sepanjang tour kami akan ditempatkan di Mawar Guesthouse yang merupakan base perjalanan keseluruh Raja Ampat.
"Jet Blue"
ZBA beraksi di atas Jet Blu
Mawar Guesthouse terletak disebuah pulau kecil Arborek disamping lain-lain penginapan yang disediakan untuk kemudahan pelancung. Di miliki oleh anak tempatan Papua yang merupakan sekadar keperluan asas. (Dimaklumkan bahawa Raja Ampat adalah kawasan larangan pembangunan untuk mengekalkan keaslian kecantikanya).
Bekalan eletrik adalah catuan daripada 0700-1900pm. Manakala bekalan air disalurkan dari bukit-bukit disekeliling. Penerimaan internet cukup bagus disebabkan terdapat pencawang berdekata.
Guesthouse yang dimaksudkan ada berupa "dangau" atau pondok-pondok kecil kayu, buluh, beratap nipah yang dibina diatas laut juga dipersisiran pantai. Sebuah tilam, dihamparkan diatas lantai dengan dua biji bantal dan sebuah kelambu. Teringat zaman ZBA kanak-kanak dikampung tahun enam puluhan. Bezanya diterangi dengan sebiji mentol dan kalau dulunya pelita minyak tanah.
Sungguh pun demikian harga kayangan semalaman mencecah RM 300.00 untuk semua keperluan termasuk makan minum. Apa yang menarik ikan yang dimasak adalah hasil tangkapan harian yang tidak terkena air batu. Ikan masih berdarah jika ikan bakar dan rasanya cukup enak. Semua ikan yang kami makan adalah sekitar 1kg ketas dan tiada ikan kecil yang disajikan. Kami bertolak dengan blue jet berkapasiti 12 orang daripada Waisai ke Arborek sekitar jam 1700pm. Blue jet berkuasa tinggi 85 X 85 hp dengan dikemudikan oleh seorang anak muda yang cekap dan 2 orang mekanik yang berpengalaman.
Perjalanan dijangka mengambil masa 2 jam atau lebih bergantung kepada keadaan laut. Pada awalnya laut agak tenang dan boat bergerak dengan lancar. Setengah jam kemudian barulah kami dapat merasai keganasan Laut Celebes dengan ombak sekitar 2 meter melambung boat seolah-olah kotak mancis ditengah lautan.
Pemandangan sangat menarik. Lautan membiru dan pantai-pantai yang cantik dipulau-pulau ditengah-tengah laut dengan chelet-chelet dibina diatas permukaaan laut dan dipesisir pantai. Teringat ZBA warna air laut sebegini semasa dalam perjalanan dengan ferry daripada Zanzibar ke Dar Es Salam.
Banyak juga pulau-pulan di laluan ini. Ada yang berpenghuni dan ada yang tidak.
Satu jam berlalu dan hari semakin petang. Cuaca agak cerah. Boat meluncur terus tetapi kekadang seolah-olah ada masalah satu daripada dua injin. Mekanik agak sibuk dan cuba menangani masalah. Ada ketikanya ok dan ada ketika semput. Walau bagaimana pun perjalanan diteruskan sehinggalah kami tiba di Arborek lewat daripada yang dijangkakan.
Semua tour bagi tempat-tempat tertentu yang dalam itinerary pada hari ini dibatalkan dan kemungkinan akan diubah suai untuk keesokan harinya.
Perjalanan awal pagi daripada Makassar, 2j30m ferry daripada Sorong ke Waisai, ditambah lagi 2j30 dilambong ombak menyebabkan kami keletihan seharian. Sebaik selesai makan malam yang enak, kami berehat untuk persedian perjalanan esok hari ke Wayag. Dimaklumkan untuk kesana mengambil masa 4j dengan boat "Jet Blue". Seawal pagi jam 06.30am kami telah siap sedia minum pagi dan dijangka bertolak pada jam 07.30am. Cuaca cerah dan matahari mula menaik menandakan isyarat bahawa cuaca menyebelahi kami hari ini. ZBA berada dibelakang bersama mekanik untuk menikmati kecantikan laut dan pulau-pulau yang kami lewati. 2j berlalu kami dapati jet blue mengalami masaalah injin. Kami terpaksa berhenti di Pulau Mutus untuk mengatasi keadaan.
Pulau Mutus sebuah pulau kecil diantara pulau-pulau lain yang berdekatan. Dihuni oleh belasan keluarga nelayan. Mereka kebanyakan daripada etnik Papua yang beragama kristian. Sementara menunggu boat dibaiki kami sempat mengelilingi pulau dan bermesra dengan penduduk tempatan.
Ini adalah sebuah kehidupan. Satu kebesaran Allah bagaimana sebuah pulau kecil ditengah lautan dan didaratannya air tawar. Perigi dibina boleh dikatakan disetiap rumah. Tidak perlu pun mengorek dalam-dalam. Memadai dengan kedalaman 1 meter telah tersebur air daripada bumi. Diletakan tong plastik dan dipagari dengan papan. Air dicedok dan dimasukan kedalam bekas untuk disalurkan kedalam rumah. Tidak pernah kering dan sentiasa ada air. Jaraknya daripada laut kurang daripada 50 meter.
Piaynemo Jetty
Itinerary diubah semula untuk hari ini. Jadual ke Wayag dibatalkan dan kami bertolak kedestinasi kedua sepatutnya pada besok hari. Piaynemo dan telaga bintang. Kedua lokasi ini dimaklumkan cuma dua jam perjalanan daripada Pulau Mutus. Kedaan laut kesini agak tenang dan boat bergerak dalam kelajuan maksima. Sampai di Piaynemo, kami makan tengahari dan berehat sebelum mendaki.
Telah dimaklumkan untuk melihat kecantikan alam semula jadi Raja Ampat kita perlu stamina dan fizikal yang baik. Mental yang kuat dan bersedia menghadapi bahaya dan lambungan ombak Laut Celebes yang mencabar.
Selepas berehat kami memulakan pendakian ke puncak melihat Piaynemo dari atas. Amat cantik bumi ciptaan Allah. Walau bagaimanapun pendakian ini telah mesra kerana telah disediakan tangga-tangga kayu belian daripada bawah sehingga keatas. Ada dua laluan disediakan sempena lawatan oleh Presiden Indonesia kesini. Satunya agak jauh sedikit dikenali sebagai laluan Pak BJ Habibi dan yang pendek sedikit dikenali sebagai laluan Pak Jokowi.
Setelah 4,5 kali menarik nafas akhirnya ZBA mencapai puncak yang mengambil masa lebih 30 mimit. Keletihan sekelip mata hilang dengan pemandangan Piaynemo yang tersangat cantik.
|
Raja Ampat diabadikan disini
Satu jam menghayati kecantikan piaynemo kami turun dan meneruskan perjalanan ke Telaga Bintang. Destinasi kedua untuk trip hari ini. Jarak Telaga Bintang daripada sini lebih kurang 30 minit dengan boat. Telaga Bintang terletak disebuah kawasan berteluk dan pemandangan dari atas bukit ianya merupai seperti bintang lima dengan air yang jernih didalamnya.
Kecantikan Telaga Bintang dapat dilihat daripada sebuah bukit berdekatan. Tingginya lebih kurang 100 meter daripada paras laut. Pendakian adalah menegak keatas dan muka buminya daripada jenis batu karang yang tajam. Dikemuncak hanya boleh memuatkan dua orang sahaja dalam satu-satu masa. Bagi yang bertenaga mungkin mengambil masa dalam 30-40 minit untuk sampai keatas.
Jelas hari ini tidak menghampakan. Cuaca begitu baik sekali dan keadaan laut agak tenang. Kecantikan Piaynemo dan Telaga Bintang menghilangkan segala kepenatan. Kami mengharungi lautan dan berlepas pulang ke Arborek.
Hari ini kami ke destinasi terahir Wayag. 4 jam daripada Arborek dengan jet blue. Harap-harap cuaca memihak dan jet blue tidak mengalami masalah. Semua teruja apabila disebut Wayag. Sebuah destinasi tercantik dan menjadi idaman setiap pengembara ke Raja Ampat.
Wayag Highway by Jet Blue Laut tenang dengan cuaca panas. Jet blue meredah ombak yang rata-rata berketinggian satu meter dengan gagah. Kami menikmati suasana laut dalam yang membiru dengan pulau-pulau tanpa penghuni disepanjang perjalanan. Tetapi ZBA rasa ada yang tidak kena dengan injin jet blue dan lantas bertanya kepada mekanik. Dengan tenang beliau memaklumkan bahawa injin pertama mengalami sedikit masalah.
Kami menghampiri Pulau Dianchi dan berhenti. Mekanik sibuk dengan tugasan beliau dan kami keluar untuk berehat dan mengelilingi Kampung Dianchi. Sebuah perkampungan nelayan yang serba kekurangan. Majoriti penduduk disini berugama Islam. Hampir 2 jam tersadai sedangkan Wayag masih jauh dan sekitar 3 jam daripada Kampung Dianchi. Penantian satu siksaan. Tapi demi sebuah perjalanan yang dirancang, kami harus bersabar dan Wayag satu destinasi yang wajib dikunjungi bila berada di Raja Ampat.
Setelah sabar menanti tetiba muncul jet blue berhampiran jetty. Guide memohon kemaafan diatas kelewatan yang dialami. Juga memaklumkan bahawa jet blue perlu mengisi minyak disebabkan perjalanan yang jauh. Jet blue seolah-olah mendapat nafas baru dan melucur dengan kelajuan maksima demi mengejar masa ke Wayag yang terletak 3 jam perjalanan dari sini Wayag adalah pulau terahir paling timur bagi Indonesia. Ketimur lagi ialah Filipina dan keutara ialah Sulawesi. Air laut bewarna biru pekat menggambarkan betapa dalamnya laut disini. Satu jam pertama perjalanan lancar. Makin ketengah lautan semakin bergelombang. Semakin menghampiri Wayag keadaan laut mengganas. Ombak sekitar 3 meter melambung jet blue terumbang ambing. Kami didalam daripada gembira untuk ke Wayag kelihatan semuanya cemas dan bertawakal. Bila akan sampai, bila akan sampai. Bisik hati yang cemas. Satu pengalaman yang menakutkan.
Tengah hari jet blue melewati Wayag. Keluar daripada lautan biru pekat ke kejernihan air laut yang menghijau. Wayag terletak dicelah-celah pulau yang sangat cantik. Perlahan- lahan jet blue menghampiri sebuah pulau yang tebingnya menegak keatas. Terjuntai seutas tali bewarna putih dari atas. Tebing batu kapur yang sangat tajam dan merbahaya. Bersusah dahulu bersenang kemudian. Dengan gigih ZBA memanjat tebing yang curam lagi bahaya dengan penuh berhati hati. Kalau tidak dipecahkan ruyung dimana akan dapat sagunya.
ZBA orang pertama sampai dipuncak. 150 meter penuh cabaran dan dugaan. Aku abadikan kegembiraan aku disini.
Pengalaman yang sangat berguna. Mata yang memandang lebih baik daripada telinga yang mendengar. Ayoh, moh kita terokai Misool selepas ini.
Duit berjuta tak semestinya memberi kita ketenangan. Tapi hati yang tenang dan bahagia mengingatkan kepada kebesaran Allah. Terokailah dan jelajahilah bumi Allah dengan niat bermusafir, Insyaallah, betapa nikmatnya pemberian Allah kepada umat manusia. Setelah hampir dua jam kami menikmati kecantikan Wayag, kami menaiki jet blue kesatu lagi destinasi yang dikenali sebagai Pos Konservasi Hiu. Ini merupakan pulau yang terahir yang didiami. Itu pun oleh pengawal perairan atau perhilitan Raja Ampat. Terdapat air dan tandas yang serba lengkap untuk kegunaan umum. Makan tengahari dan beristirehat. Perjalanan cuma 30 minit tetapi apabila jet blue keluar sahaja daripada teluk, kami dibadai dengan arus dan ombak yang kuat sekitar 3 meter.
Pos Konservasi Hiu terletak disebuah teluk dan dipagari dengan pulau-pulau yang yang mengadap laut luas. Keadaan didalam tenang tetapi diluar lautnya mengganas. Kami meninggalkan Pos Hiu dan menghala ke Arborek. Cuaca agak panas dan terang. Setengah jam meninggalkan Pos Hiu kami dikejutkan dengan ombak yang mengganas dianggarkan 1 ke 4 meter. ZBA berada dibelakang jet blue dan dapat melihat dengan jelas apa yang terjadi. Lambongan ombak mengingatkan ZBA kepada mati lemas dan jika terjadi sesuatu kami akan menjadi mangsa jerung. Tiada siapa yang boleh menolong kecuali dengan izin Allah. Tiada ada manusia, tiada komunikasi, tiada jeket keselamatan dan tiada segalanya. Dalam hati hanya berdoa dan bertawakkal. Pandang keliling pulau-pulau berada jauh dari pandangan. Ombak terus mengganas dan melambung berpuluh-puluh kali jet blue keudara dan menghempas keair dengan dentuman yang keras dan kuat. Berbelas kali juga desingan kipas injin berputar laju diudara kerana tidak mencecah air. ZBA menoleh kearah dua orang mekanik disebelah. Mereka juga kelihatan cemas dengan situasi semasa. Air laut mencurah masuk daripada atas dan juga sisi boat. Jet blue meluncur terus dengan kecekapan dan kebijaksana jurumudi. Hampir setengah jam juga kami menghadapi situasi yang menakutkan ini sehinggalah kami keluar daripada kawasan teluk ke lautan luas. Satu pengalaman yang menakutkan. Cemas dan hanya mengingatkan kita kepada mati lemas. Tapi kami bersyukur kerana kedua-dua injin jet blue berfungsi dengan baik sepanjang menghadapi musibah tersebut. Perjalanan diteruskan membelah lautan dan sekali sekala menghampiri pulau-pulau kecil yang tidak berpenghuni. Tiga jam berlalu dan satu jam lagi kami akan kembali ke Arborek. Senja menjelang dan cuaca mulai gelap. Dari jauh nampak berbalam-balam lampu di pulau-pulau yang ada penempatan. Kami sekali lagi menghadapi dugaan dilaut. Jet blue menghadapi masalah kekurangan minyak. Satu daripada dua buah injin 85hp terpaksa direhatkan. Jadi jet blue terpaksa bergerak dengan kelajuan yang rendah menggunakan satu injin sedangkan Pulau Arborek masih jauh. ZBA terperasan. Semasa jet blue mengisi minyak mereka memenuhkan dua tangki minyak yang berkapasiti besar. Sudah pasti mencukupi untuk pulang pergi. Tetapi oleh kerana badai ombak yang kuat jet blue dikendalikan dengan kelajuan yang amat tinggi. Ini menyebabkan penggunaan minyak yang banyak. Dalam situasi cemas, kita tidak menyalahkan sesiapa. Malahan 2 X injin 85hp yang bergerak maksima selama 8 jam sudah pasti penjimatan minyak tidak dapat dijangka. Apa pun dugaan menimpa menambahkan kita kepada pengalaman yang amat berguna untuk dijadikan iktibar. Kami selamat sampai di Arborek sekitar jam 20.00pm.
Makan malam. Bersihkan badan dan terus tidor. Hari keempat. Hari terahir kami menghabiskan masa 4H3M di Raja Ampat. Selepas sarapan pagi kami check out daripada Mawar Guesthouse dan bertolak kesebuah pulau dalam perjalanan balik ke Waisai. Kami diberi kesempatan terahir untuk snorkling. Tetapi tidak ramai yang mengambil bahagian.
Berikutnya kami dibawa ke Waisai untuk keberangkatan ferry jam 09.00am Ke Sorang. Bye, by "Jet Blue" yang menjadi kenangan semasa bersama suka duka di Raja Ampat. Ferry Waisai ke Sorong penuh dengan penumpang samaada penduduk tempatan atau pelancung. Dua jam perjalanan kami sampai di Sorong dan dijemput oleh kenderaan untuk dihantar ke hotel. Setakat ini bermakna tamat sudah 4H3M bersama local tour ke Raja Ampat. Besoknya kami kembali ke Makassar dan seterusnya penerbangan ke Kuala Lumpur dengan Pesawat Air Asia.
SEE U IN MISOOL RAJA AMPAT
|