Friday, February 14, 2014

KOMODO ISLAND OF FLORES

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,
Kali kedua menjejakan kaki ke bumi Lombok. Syurga bagi penggemar pantai.  Masih terpelihara baik dengan alam semula jadi.  Penduduk yang mesra dan makanan yang sedap. Pulau yang dahulunya dikuasai oleh penganut Hindu kini dikuasai sepenuhnya oleh majoriti penduduk Islam.
Kali ini ZBA hanya menggunakan Lombok sebagai tapak untuk memburu Komodo Dragon di Labuan Bajo dikepulauan Flores.  Perjalanan solo akan meretas lautan dengan boat yang akan memakan masa 3H/2M serba cukup.  Harap-harap cita-cita untuk "Hunting Comodo by Canon Camera 7D" akan menjadi kenyataan.  Satu pengalaman yang mungkin tidak ramai yang mengenali dan berjaya berbuat demikian. Insyaallah. 
Ada dua perkhidmatan disediakan kepada pelancung untuk melihat komodo dragon daripada Lombok. Satu-satunya yang terbaik ialah Perama Tours jika dibandingkan dengan perkhidmatan lain yang disediakan. Perama Tours mengadakan perkhidmatan bertaraf antarabangsa dan selamat walaupun agak mahal sedikit.  Mereka mengenakan perkhidmatan 3H/2M  dengan bayaran 2juta Rp.  Sedangkan lokal tours mengenakan bayaran 1.7juta Rp tetapi dengan boat yang agak kecil dan tidak diperlengkapkan dengan peralatan terkini untuk menghadapi lautan luas.
Selain tours daripada Lombok terdapat juga tours daripada Labuan Bajo untuk melihat komodo di Pulau Komodo atau di Pulau Rinca.  Tambang daripada Labuan Bajo didapati agak murah kerana perkhidmatan mereka sama ada pergi harian atau 2H/1M. Perjalanan kepulau berkenaan mengambil masa sekitar 4 jam sahaja.  Jika pembaca daripada kumpulan 4 orang atau lebih,  cuba berurusan dengan perkhidmatan boat-boat kecil bagi mendapatkan harga terbaik.

(Gambar atas dan bawah kanan ialah kueh yang dikenali sebagai "Kueh Bantal". Diperbuat daripada pulut dan dibungkus dengan daun kelapa selanjang 3 kaki dan diikat dengan rotan halus. Dimasukan dengan inti kelapa manis dan direbus.  Rasanya seakan-akan ketupat bagi orang-orang di Utara)
Memulakan perjalanan ZBA pagi ini, kami dibawa dengan menggunakan perkhidmatan bas berhawa dingin Perama Tours yang     selisa      dan     disertakan
dengan makanan ringan disepanjang jalan daripada Senggigi-Mataran dan seterusnya Labuhan Lombok. Kumpulan kami terdiri 1Malaysia, 2England, 8Canada, 1Germany, 2China dan 2Belanda. Kesemuanya berjumlah 17 orang dengan enam sahaja lelaki manakala selebihnya perempuan. Ini beerti kami akan berada didalam keadaan amat selesa ketika berada di atas boat nanti dimana kapasiti maksimum ialah berjumlah 45 orang bagi satu-satu pelayaran.
Sepanjang perjalanan 4 jam untuk ke Labuhan Lombok daripada Senggigi, tidak banyak yang menarik kecuali kita akan dapat melihat banyak sekali Masjid dan penempatan penduduk disepanjang jalan. Sawah-sawah padi dilihat dimana-mana sahaja asalkan tanah lapang.  Secara kebetulan sekarang adalah musim buah-buahan, buah-buahan seperti rambutan, durian, manggis, nona, langsat dan lain-lain ada dijual dimana-mana disepanjang  jalan. 

Selain padi, jagung dan tanaman kontan lain,  banyak juga hasil tanaman dijaja sebagai pendapatan sampingan.   30 minit sebelum kami sampai di Labuhan Lombok, ZBA singgah di sebuah perkampungan tradisi untuk melihat pembuatan pottery atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai "Mas Bagik"








Manakala dalam perjalanan seterusnya kami singgah di sebuah Kampung bernama Kampung Padak.  Disini pembaca boleh melihat panorama kampung nelayan dengan aktiviti harian disamping  melihat bagaimana mereka membina boat secara tradisionl. Kecantikan perkampungan ini di tambah lagi dengan latar belakang Gunung Rinjani yang terkenal dikalangan para pelancung.  
Tepat jam 12.30 tengahari, sambil menjamah hidangan tengahari ZBA dan kumpulan meninggalkan Pelabuhan Labuhan Lombok menuju Perama Resort yang terletak di Pulau     Gili  Kondo.  Selepas 30 minit pelayaran kami  turun untuk menikmati kecantikan pulau tersebut disamping mandi manda, snorkeling dan sebagainya sehinggalah selepas makan malam.  Pastinya malam ini kami akan menempuh pelayaran yang panjang.   Tepat jam 21.30 kami meninggalakan  Gili Kondo menuju Pulau Satonda. Keesokan harinya tepat jam 0700 sebaik matahari terbit, boat telah pun berlabuh 100m daripada Pulau Satonda.







Pulau Satonda ialah sebuah pulau kecil ditengah samudra. Tiada berpenghuni dan keistimewaanya hanyalah dengan sebuah tasik yang kedalamannya mencapai 100m dalam. Anehnya tasik ini ialah kerana  airnya masin tetapi membolehkan ikan talapia yang dikenali sebagai ikan air tawar sebagai penghuninya.  Terletak 150m daripada laut dan kemungkinan ujudnya tasik ini dengan kejadian letupan gunung berapi tidak dapat dinafikan. Kepada penggemar hiking, birds watching, kemungkinan mungkin salah satu tempat terbaik. 
Selepas mandi manda dan kemudian menikmati sarapan pagi, pelayaran diteruskan. Kali ini destinasinya ialah Tanjung Batu Besar. Pelayaran ke TBB dijangka akan mengambil masa 7j dengan merentasi lautan luas.  Jika bernasib baik kami dimaklumkan akan dapat melihat ikan lumba-lumba dan kumpulan ikan-ikan tongkol yang seringkali timbul dipermukaan laut.  


Hari ini,  hari sebenar kami dapat         merasai        suasana
pelayaran.  Sebelumnya pelayaran ialah pada waktu malam hari  dimana kami semua sedang tidur.  Tetapi hari ini ZBA dapat melihat lautan yang membiru dan pemandangan Pulau Sumbawa yang merupakan satu-satunya pulau yang terbesar dalam gugusan pulau-pulau Nusa Tenggara Barat. Kawasan tanah tinggi, gunung ganang bagaikan terpacak diatas daratan. Manakala dipantainya berjajaran ombak besar bewarna putih memukul pantai silih bergantu.   Sepanjang 7j, sedikit pun ZBA tidak dapat melelapkan mata melihat keindahan dan keajaiban ciptaan Allah

























Sunset di Kilo Beach Donggo

Sore sekitar jam 1700pm ZBA sampai dan kami berlabuh di Tanjung Batu Besar dan  naik kedarat untuk melihat sebuah perkampungan nelayan  yang terletak 2j perjalanan daripada Bima.  Uniknya perkampungan ini kerana mereka mempunyai ramai penduduk jika dibandingkan dengan jumlah keluarga yang ada. Dimaklumkan, rata-rata remaja disini berkahwin dalam seusia 15 tahun bagi wanita dan 17 tahun bagi lelaki.  Purata sebuah keluarga mempunyai 4 orang anak. Juga ramai yang gagal dalam perkahwinan dan menjanda dalam usia yang amat muda.
Ratusan kanak-kanak mengiringi kami semasa didaratan.  Mereka cukup peramah dan mesra pelancung.  Mereka menggunakan bahasa tempatan disamping fasih berbahasa Indonesia.  Mempunyai sebuah Masjid dan majority mereka berugama Islam. Pekerjaan mereka ialah sebagai nelayan, petani dan juga penternak. Bawang kecil adalah tanaman kommersial sebagai pendapatan sampingan.
Rumah-rumah mereka amat kecil dan diperbuat daripada sumber asli tempatan seperti buluh, rotan, kayu dan sebagainya.  Mereka amat miskin jika dibandingkan sengan penduduk di Kepulauan Lombok. Kehidupan mereka ibarat apa yang dilalui oleh ZBA 50 tahun lampau diutara semenanjung semasa berumur belasan tahun.
Malam ini ZBA menuju destinasi kemuncak dalam Pelayaran Hunting Komodo by Canon 7D.

 Jetty dan Main Gate untuk    memasuki Pulau Komodo


 Jumlah Komodo direkodkan pada 03hb Mac 2014 dan tongkat yang digunakan oleh Renjer untuk keselamatan.


Pelayaran meninggalkan Donggo menuju Komodo Island bermula jam 21.30 dan kami dosampai ke destinasi tepat jam 0800am. Selepas sarapan pagi, kami merupakan  kumpulan kedua menjejaki Pulau Komodo hari ini. Sebelumnya semua pelawat dikehendaki melapurkan diri kepada renjer bertugas dan membayar Rp 50,000 fee untuk camera. Taklimat ringkas diberikan dan 2 renjer bersama kami dan setiap seorang membawa sebatang kayu sepanjang lebih kurang 6 kaki yang dihujungnya bercabang sekaki  menjulur keluar.  Difahamkan bahawa komoro tidak akan menyerang mangsa sekiranya kayu tersebut dihalakan dihadapanya.

Kami memilih trek yang terpanjang sejauh 4km untuk mengekori jejak komodo dalam masa 2j perjalanan. 
 Sebenarnya trek ini landai dan sekali sahaja menanjat dan selebihnya menurun bukit. Lokasi penemuan ialah di 4 tempat yang berasingan.



Spesifikasi Komodo :
Panjang 4m dan 1m lebar
Ketinggian 1.5 kaki
Berat maksima 90kg




Berlari    18   kmj. Makanan utama  Babi hutan, rusa dan binatang berdarah. (Sekali makan melebihi 2X berat badan. Hayat 60-80 tahun



Sedikit makluman, sebagaimana yang ZBA katakan tadi bahawa makanan utama komodo ialah babi hutan dan rusa.  Komodo amat sensitif sekali dengan darah.  Difahamkan deria menghidu komodo amat sensitif sehingga 5km dan persekitaranya. Tidak hairan jika pembaca mengelinap dimana-mana bahagian Pulau Komodo sememangkan banyak sekali kesan-kesan kehidupan babi hutan disini.  Dari tompokan tahi komodo kita dapat bezakan apakah makanan komodo sebelumnya.  Tahi bewarna hitam adalah dari babi hutan dan tahi bewarna kelabu ialah dari rusa.  Manakala kesan-kesan putih cair adalah tulang yang telah dihadhamkan.

 Pulau Komodo pandangan dari laut ketika matahari sedang terbit. 
Kecantikan Pulau Komodo pandangan daripada kawasan paling tinggi mengadap laut



Tergambar kepuasan dihati-hati kami setelah berjaya menjejaki dan melihat telatah haiwan yang menjadi buruan kami selama pelayaran ini.  Walau pun kami dipertemukan dengan 4 ekor komodo sahaja dari ratusan ekor yang ada tetapi jelas diwajah masing-masing dengan kepuasan. Ini bermakna kami tidak perlu lagi ke Pulau Rinca, salah sebuah pulau lagi yang menjadi tempat kehidupan haiwan ini.  Setelah menghabiskan masih sekitar 4 jam, ZBA meneruskan perjalanan ke Red Sand Beach untuk mandi manda yang merupakan destinasi terahir  untuk aktiviti snorkeling, swimming dan sebagainya.
Selepas makan tengahari kami belayar menuju destinasi terahir Labuan Bajo, Flores. Pelayaran ini amat mengasyikan sekali kerana pemandangan daratan yang menghijau dan lautan yang membiru dimana-mana.  Pulau demi pulau diredahi dengan tenang dan akhirnya kami sampai di Pelabuhan Labuan Bajo sekitar jam 1800pm setelah menempuh pelayaran selama 6j yang menyeronokan.  Farewel parti diadakan diatas boat dan kami mengucapkan selamat jalan kepada kekawan lain-lain yang meneruskan perjalanan mengikut destinasi masing-masing.  
Satu pengalaman yang amat menyeronokan bersama backpack-backpack daripada berlainan negara dan kebudayaan.  Seribu kenangan disimpan dihati sebagai kenangan untuk ZBA merayap ke destinasi dunia berikutnya.
ZBA bermalam di Labuan Bajo dan akan meneruskan perjalanan overland merentas Flores sehingga ke Maumere. Kupang (Timur Barat) dan seterusnya pulang melalui Bali.






















Perjelajahan Kaki Travel ke Nusa Tenggara Barat