Sunday, January 19, 2014

LUANG PRABANG MEKONG RIVER ADVENTURE

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,
Sekiranya pembaca ingin merentas Laos daripada Luang Prabang ke Chiang Rai, Thailand terdapat beberapa pilihan samaada dengan penerbangan, kenderaan darat dan laluan Sungai Mekong dengan menggunakan feri.  Tetapi jika kita mempunyai masa yang terluang dan tidak terikat dengan masa, option terbaik ialah dengan memudiki Sungai Mekong dengan menggunakan perkhidmatan boat.  Dua jenis perkhidmatan boat disediakan. Slow boat dan fast boat. Jika menggunakan slow boat perjalanan mudik kehulu akan mengambil masa 9-10 jam sejauh 154 km dan break journey di Pakbeng sebelum meneruskan perjalanan       pada        keesokan

harinya.  Boat akan bertolak daripada Luang Prabang setiap hari  jam 0830 pagi dan dijangka sampai sekitar jam 18.30pm.  Tambang yang dikenakan ialah Kip110,000 bagi setengah perjalanan sehala ke Pakbeng. Perjalanan berikutnya daripada Pakbeng ke Huoay Xai pula akan mengambil masa 8-9 jam sejauh 153 km.  Tambang yang dikenakan juga Kip 110,000.  Slow boat dapat memuatkan lebih kurang 40-50 penumpang bagi satu-satu perjalanan.

Kepada sesiapa yang mengejar masa tetapi ingin mencari pengalaman menyusuri Sungai Mekong, mereka boleh memilih dengan menggunakan perkhidmatan fast boat. Tambangnya agak mahal Kip360,000 dari Luang Prabang ke Huoay Xai.  Masa perjalanan cuma 6-7 jam. Kebiasaanya fast boat akan bertolak jam 0900 pagi dalam kumpulan  4-5 buah boat  sehala.
Setiap sebuah boat boleh memuatkan maksima 7 penumpang dengan seorang jurumudi.  
Pembelian tiket boleh didapati daripada ajen-ajen di Luang Prabang dan juga diterminal boat ditebing Sungai Mekong.  Harga tiket pembelian terus ialah Luang Prabang ke Pakbeng Kip110,000 dan Pakbeng ke Huoay Xai Kip110,000. Perlu diingat bahawa dewasa ini perkhidmatan boat tidak lagi berpusat dipusat bandar Luang Prabang tetapi telah diubah keterminal baru yang terletak 5km daripada pusat bandar menghala ke lapangan terbang. Tambang tuk-tuk untuk ke terminal ialah kip20,000 seorang.
Memudiki Sungai Mekong bukanlah satu laluan sukar malah tidak sesenang sebagaimana disangka.  Dari Luang Prabang hingga ke Huoay Xai adalah menongkah arus dengan dua keadaan  samaada air pasang dan air surut.   Manakala daripada Huoay Xai ke Luang Prabang sememangnya agak senang kerana senantiasa menurun arus. Apa pun Sungai Mekong bukan calang-calang sungai kerana boat-boat memerlukan jurumudi yang mahir bagi mengelakan kejadian yang tidak diingini. 
Al-maklum Sungai Mekong berada dilaluan pergunungan dan tanah    tinggi.  Jarang  kita  lihat   tebingnya  landai   dengan lembah-lembah    menandakan kawasan tanah   rata.   Kedalaman semasa air pasang melebihi 100M dan ketika air surut dilingkungan 50M.  Oleh yang demikian ketika air surut ya'ani musim kemarau  beting-beting batu-batu pejal  lintang pukang ditengah-tengah sungai. Ini ditambah lagi dengan arus yang deras dalam suasana air keruh.
Itu menjadi salah satu sebab kenapa pelancung tidak digalakan  untuk menggunakan perkhidmatan "Speed Boats", lebih-lebih lagi semasa musim kemarau dimana arusnya sangat deras dan airnya cetek.
Sepanjang perjalanan daripada Luang Prabang ke Pakbeng dan seterusnya Huoay Xai tidak banyak yang menjadi tarikan.  Ini ditambahkan lagi dengan boat yang perlahan dan masa yang dilalui terlampau panjang dalam suasana pemandangan dan aktiviti yang sama.  Ramai pelancung barat menghabiskan masa dengan membaca dan tidur sepanjang perjalanan.
Tetapi bagi ZBA, Sungai Mekong mempunyai keistimewaan yang tersendiri.  Selain daripada laluan pengangkutan  bagi raayat Laos, Thailand dan Myanmar, ia juga sebagai sumber mata pencarian penduduk setempat.  
Dilihat dikiri kanan tebing sungai pula tidak banyak penempatan penduduk kecuali dalam jarak 10-20 km adanya satu-satu perkampungan. Mereka kebanyakanya petani, penternak dan nelayan sungai ada juga mengusahakan pertanian seperti jagung, sayur-sayuran, padi dan tanaman kontan yang lain.  

Paling ketara di tebing-tebing sungai mereka juga mengusakan tanaman kayu jati yang dimaklumkan mendapat pasaran yang baik daripada Taiwan.   Inilah yang dapat kita lihat sepanjang 300 lebih km semasa ZBA menyusuri Sungai Mekong daripada Luang Prabang hinggalah ke Huoay Xai.
Berbedza dengan perjalanan sungai-sungai yang pernah ZBA kunjungi dan lalui, Sungai Mekong sebenarnya bebas daripada sampah sarap.  Hanyutan kayu kayan, kiambang dan sebagainya.  Apa yang terdapat didalamnya adalah batu-batu pejal yang menguak air menandakan laluan cetek dan dalam yang selamat dilalui.  

Berikut adalah gambar yang sempat ZBA rakamkan untuk tontunan pembaca sekelian.
                               Pelesit Sungai Mekong dengan aksi-aksi menggerunkan.
 Penempatan penduduk Laos  yang bersempadan dengan Thailand
 Port Ekspress Sungai Mekong
 Penduduk tempatan menunggu untuk menumpang "Slow Boat" di tebing Sungai Mekong
 Gadis-gadis mandi manda di Sunagi Mekong tatkala senja petang























Sunset di sempadan Laos dan Thailand berhampiran Chiang Kong dan Huoay Xai.
Huoay Xai Hotel Laos 






















Satu perjalanan yang meletihkan.  Mengharungi cabaran Sungai Mekong dalam cuaca sejuk dibawah 20C. Ditengah air kuning mengalir deras manakala ditebing pula hutan rimba yang menghijau.  Pantai-pantai pasir terdampar memutih dikiiri kanan sungai disesetengah tempat.  Perjalanan 11 jam berahir di Huoay Xai.  Diair muka masing-masing nampak keletihan dan lesu tetapi dihati siapa yang tahu.  Bagi ZBA, Alhamdulillah tercapai sudah hasrat untuk menakluki Sungai Mekong.  Sungai yang membawa seribu kenangan sejak ujudnya maya ini.
ZBA keluar untuk mengenali Huoay Xai pada keesokan harinya sebelum meninggalkan Laos dan memasuki Thailand melalui Chiang Kong.  Sebagai makluman, mulai 12 Dis 2014 tiada lagi perkhidmatan boat ulang alik diantara dua bandar ditebing Sungai Mekong, Chiang Kong dan Huoay Xai.  Pelawat antarabangsa yang hendak memasuki diantara dua bandar tersebut dikehendaki menggunakan jambatan "Friendly Bridge" yang terletak 12 km dintaranya.  Lengkap dengan kemudahan Imigresen, Kastam dan sebagainya. 
Laos overland 7D/6N berahir disini
Kongsi pengalaman bersama  :
http://www.zainataltobiaqtravel.blogspot.com



Friday, January 17, 2014

PAI MUSLIM'S

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

Assalamualaikum,
Pai, dalam bahasa Thai tetapi dalam Bahasa Malaysia membawa pengertian sebagai "Pergi". Mana mungkin "pergi". Tetapi itulah nama bagi sebuah pekan kecil terletak diutara 134km daripada Chiang Mai. Meo Hon Son pula 100km keutara daripada Pai bersempadan dengan Myanmar.  Perjalanan untuk kesana dengan Van mengambil masa 4J menempuh laluan gunung ganang yang berliku dan amat mencabar.  satu trip sahaja perjalanan Van penumpang bagi laluan ini setiap hari bermula jam 08.30 pagi.

Pai.  Sebuah pekan kecil terletak dilembah pergunungan yang subur.  Ditengah-tengahnya mengalir sebuah anak Sungai Pai yang cetek dan mengalir lesu airnya yang jerneh dan sejuk. Sekali sekala kelihatan pelancung barat berakit menghilir dalam gelak ketawa penuh keceriaan
Pai.  Mungkin tidak ramai raayat Negara1M mengenali bandar ini selain Chiang Mai. Jika Chiang Mai dikatakan mempunyai cuaca yang dingin dimusim sejuk, Pai lebih sejuk dan merupakan pekan tersejuk di Thailand. Cuaca everage 20C dan pada malam hari turun sehingga mencecah 08C.  Namun demikian tiada pernah direkodkan turunnya salji didaerah ini.
Sungguh pun terletak jauh diutara tetapi Pai sangat terkenal dengan kedatangan
pelancung barat.  Perjalanan kesana mungkin agak merbahaya tetapi walau bagaimanapun jalanrayanya cantik dan pemanduan berhemah daripada pemandu Thailand membolehkan kita tidur lena dalam perjalanan.  Sehari hanya terdapat dua sahaja pengangkutan bas awam kesana. Selebihnya dimonopoli oleh Van yang bertolak meninggalkan Terminal Dua Chiang Mai dan sebaliknya setiap 1J sekali. Tambang yang dikenakan B150 sehala.
Perjalanan  ke Pai agak lama jika dibandingkan dengan jarak diantara kedua 
bandar tersebut.  3J30M dengan satu toilet break selama 10M. Ingat,  laluan H1095 sememangnya terkenal.  38 km yang pertama kita menempuh jalan biasa dan berbaki 78 km berikutnya pembaca akan merasai pengalaman yang amat berharga. Terkenal dengan selekoh-selekoh tajam dan cantas.  762 berbagai selekoh wajib ditempuhi.  Dari selekoh "S" ke selekoh "U" dan seterusnya selekoh "V". Naik turun pergunungan perkara biasa. Sekejab dilembah, sekejab dipergunungan.  Turun lagi, naik semula.  Berpusing kekiri sekejab lagi kekanan. Kini berada dipuncak pokok dan entah bila turun kepangkal. Atas dan bawah, begitulah sehingga pembaca hatam 762 selekoh.  Satu pengalaman yang amat berharga kerana ramai yang menjual "bubur kacang" didalam Van.  Oleh yang demikian pastikan plastik muntah tersedia.  Tiada pengangkutan udara untuk ke Pai.  Jalanraya adalah satu-satunya laluan tersedia.
Bagi peringkat pertama menuju Pai,  kita melalui perbandaran Chiang Mai dan fasa kedua ialah hutan simpanan dan hutan belantara. Jarang sekali ternampak penempatan penduduk disepanjang perjananan kecuali 10 km terahir dengan pemandangan sawah padi yang cantik dilembah Pai.
Pada ZBA, Pai tidak mempunyai keistimewaan apa-apa.  Memadai sebagai sebuah bandar kecil tetapi dibangunkan bagi keperluan pelancung setanding dengan destinasi-destinasi pelancungan di Thailand.  Bandar kecil dikelilingi sawah padi dan perkampungan dengan kurang lebih 3,000 penduduk.  Walau bagaimanapun keistimewaan Pai ialah destinasi pelancungan berkonsepkan "Homestay" dan hidup bersama orang kampung.   Segalanya         murah         dan berkemampuan bagi semua bentuk katogeri pelancung. Bayangkan pembaca boleh menginap dengan selesa disini cuma berbekalkan RM 20.00 semalam bagi sebuah hotel sederhana.  Makanan pula dalam lingkungan RM 4.00 sekali makan.  Shopping.  Boleh tahan juga murahnya jika dibandingkan dengan Chiang Mai.  Almaklum banyak barangan disini datangnya daripada Myanmar.
Bagi mengenali Pai dengan lebih terperinci, ZBA nasihatkan pembaca membuat carian melalui google.  Banyak maklumat boleh didapati disana.  Oleh yang demikian memadailah secara ringkas ZBA nyatakan pengalaman ringkas ini sebagai panduan.  ZBA akan menulis khusus berikutnya tentang masyarakat Islam Pai (Pai Muslims)

                                          Menurut perspektif  antropologi
Melayu mengatakan terdapat segelintir moyang masyarakat Melayu berasal daripada Yunnan, China.  Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu (Kini Tanah Melayu telah digadaikan menjadi 1Malaysia)  dan berkahwin dengan masyarakat tempatan sebelum berkembang memasuki Nusantara seperti disepanjang Sungai Mekong.


Keturunan   Islam Yunnan dengan    senang boleh ditemui diutara Thailand seperti Chiang Mai, Mea Hon Son, Chiang Rai dan Pai dan dikawasan-kawasan pergunungan sempadan diantara Myanmar  dan Thailand. Manakala di 1M mereka berhijrah sehingga ke Kelantan dan Terangganu.

Pai.  Majoriti penduduknya seramai 3,000 orang.  Dari jumlah tersebut dianggarkan 200 orang  sahaja berugama Islam dengan purata 50 buah keluarga.
 Mempunyai sebuah Masjid yang besar dan boleh menampung kira-kira 200 jemaah dalam satu-satu masa dan sebuah sekolah agama untuk pembelajaran kanak-kanak. Mereka mengamalkan Mazhab Hanafi  berdasarkan aturan saf-saf didalam Masjid.  Saf-saf diatur dalam bentuk panjang melintang dan memendek kearah belakang. Manalaka bagi Mazhab Sunnah Waljama'ah mithalnya saf-saf dibentuk memendek melintang dan membuka jauh kebelakang.  Terdapt dua Imam bertugas sepenuh masa.  Imam pertamanya dari keturunan Thai dan satu lagi dari keturunan China daripada Yunnan.
ZBA amat bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat meluangkan masa bersama-sama menunai solat Jumaat berjemaah yang pertama bagi tahun Masihi 2014 di Masjid Al-Isra'.  Imamnya pada hari berkenaan ialah Imam Pertama Masjid Pai diketuai oleh Al-Hafiz Ustaz Muhammad Islah.  Alhamdulillah.
Keistimewaan Imam Al-Hafiz Ustaz Muhammad Islah ialah beliau seorang yang buta sejak menjalani pembedahan mata


ketika dalam usia kanak-kanak. Seorang yang amat dihormati dan mempunyai ketinggian Ilmu Agama yang sukar ditandingi.  Belajar Tahfiz di Thailand dan melanjutkan pelajaran Islamnya di Afrika Selatan.  Boleh bertutur dan memberi kuliah dalam 4 bahasa yang fasih. Bahasa Inggeris, Arab, Melayu dan bahasa ibunda Thai.  ZBA amat beruntung kerana selepas Solat Jumaat hari tersebut, sekumpulan kecil pelancung daripada Malaysia telah menjemput beliau untuk menyampaikan kuliah zohor yang ringkas. Alhamdulillah 30 minit ZBA mengikuti  kuliah tersebut, kami merasa terpegun kerana ketinggian ilmu dan penyampaian kuliah beliau dalam  Bahasa Inggeris yang fasih dan lancar sehinggakan ramai jemaah terpegun dengan penyampaian tersebut. 
Sungguh pun  beliau seorang yang buta penglihatan namun Allah telah memberikan cahaya didalam hatinya sebagai Al-Hafiz Kitabullah.
Menariknya Islam di Pai, walaupun mereka adalah masyarakat minoriti tetapi dapat bertolenransi  dan dapat  hidup aman damai bersama masyarakat majoriti Thailand yang berugama Buddha tanpa diskriminasi. Sungguhpun bilanganya amat kecil tetapi mereka dilihat amat tegoh dan bebas mengamalkan Ajaran Islam tanpa sebarang gangguan dan berperasangka.


Pai.  Dimaklumkan telah menerima Islam sejak dahulu kala.  Masyarakat Islam telah menduduki bumi Pai dan menguasai sebahagian daripada tanah-tanah di Lembah Pai. Sehingga kini masyarakat Islam Pai dikatakan masyarakat yang berada.  Mereka menjalankan perniagaan sejak turun temurun dan tidak hairanlah jika pembaca memasuki "Pasar malam Pai", kelihatan peniaga dari kalangan orang-orang Islam dimana-mana.  Bukan setakat peniagaan pasar malam,  bahkan ada diantara mereka menjalankan perniagaan yang lebih besar dari dijangkakan.
Dengan kebanjiran pelancung, tidak hairanlah satu hari nanti Pai akan menjadi lebih terkenal amnya dan khususnya masyarakat minoriti Islam akan lebih dikenali sebagai masyarakat yang gigih dan berjaya menandingi masyarakat lain dalam perniagaan.


Sehubungan dengan itu, Islam akan lebih dihormati dan dikenali di Pai. Insyaallah.

http://www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com