Saturday, September 28, 2013

METROPOLITAN CITY SINGAPORE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,
Bukan pertama kali.  Tidak juga kerap kali.  Malah bukan berkali-kali.  Justeru puluhan kali ZBA kesini.  Sejak bila sejak masih remaja.  Sejak 1 SGD bersamaan RM 1.10.  Dari dulu dan kini dan seterusnya nanti sebelum kembali.  Namanya segagah lambang yang dipakai. Pembangunan canggih dengan kekayaanya mantap dimilikinya. Politik mantap dengan pemimpin 
berkelibar dan disegani dunia.


Dari sebuah kampung nelayan dengan legenda Singapura dilanggar todak, kini sebuah metropolitan ketiga terkaya didunia dan menjadi ikon kepada sesiapa sahaja yang pernah kesana dan mengenalinya.



Kehebatan "Kota Singa"



Singapura atau lebih dikenali sebagai Israel di Asia Tenggara.  Raja bagi segala-galanya. Gergasi ekonomi yang sukar ditandingi.  Negara sifar rasuah dan contoh terbaik sebuah negara termaju didunia. Tidak pernah menunjukan riak dan lagaknya jika dibandingkan dengan negara yang dikenali sebagai 1M.  Bersama membangun dalam era tahun 70an seiring dengan Korea dan 1M. Tapi kini berada dipuncak dituruti  Korea  dan  meninggal jauh negara 1M yang masih kabur mencari arah tetapi amat berbangga dengan segala-galanya No One didunia.
Tiada ayat bagi menggambarkan Singapura dimata dunia.  Memadai gambar-gambar hiasan dipaparkan untuk renungan atas kejayaan mereka membina sebuah negara.



Bandar dalam Taman dan Taman dalam Bandar.

Mana satu yang betul ?


Banyak perkara yang boleh dipelajari  daripada mereka. Bukan untuk ditandingi tetapi sekadar menganguk mengatakan mereka telah 30 tahun kehadapan kita. Dari anak mereka telah menjadi bapa manakala kita dari bapa tetap berperangai kebudakan.








ZBA tertarik bagaimana mereka mendisipline raayatnya dengan menjadikan Singapura sebuah negara yang bersih berperaturan dan perlaksanaan undang-undang yang sungguh berkesan.

















Dari perbualan ZBA dengan penduduk setempat.  ZBA dimaklumkan bahawa Singapura mengamalkan prinsip "Education is a must to every Singaporean".  Tanpa mengira bangsa dan keturunan mereka wajib diberi pelajaran sehingga ketahap yang mampu dicapai.  Mereka dicelikan dengan ilmu pengtahuan sebagai survival dimasa hadapan.  Dengan yang demikian tiada sebab raayat Singapura akan menganggur dinegara sendiri.  
Singapura juga mengambil raayat asing untuk membina negara mereka.  Semua pekerja mestilah dalam tahap berkebolihan yaani bersekil tinggi sahaja dibenarkan masuk untuk bekerja di Singapura.  (Bukan macam negara 1M) main ambil sahaja dan sebagai penghargaan terima kasih diberi kerakyatan dan segala macam keistimewaan sehinggakan rakyat sendiri kebuluran).  Semua raayat asing di Singapura dikawal ketat dengan undang-undang.  Penempatan dikhaskan  dan apabila tamat tempoh permit dikeluarkan tanpa persoalan.  Tidak ada kompromi mereka wajib pulang apabila tiba masanya.
Menyentuh sedikit tentang "Khidmat Negara".  Semua warganegara lelaki Singapura diwajibkan National Servis selama 2 tahun berturut-turut selepas tamat persekolahan. Manakala perempuan dikecualikan.  Mereka diberi latihan ketenteraan secukupnya dan diserapkan dalam perkhidmatan tetap selama 2 tahun sebelum boleh meneruskan pelajaran diperingkat University. Ini bermakna mereka akan menjadi matang dan berketrampilan selepas masuk/keluar daripada University dan berdaya saing diperingkat antarabangsa. Mereka berpendidikan  dua dalam satu.  Memimpin dalam masa aman dan pemimpin dalam masa kecemasan.
Pengangkutan awam.  Bukan hendak mengatakan canggih atau tidak.  Soalnya bagaimana pemerintah menggalakan raayatnya menggunakan perkhidmatan awam.  Satu cara yang berkesan dan dilihat amat berkesan dan sebagai insentif.  Contoh tiket perjalanan MRT perjalanan daripada Kranji ke Al-Joned beharga SGD 1.60.  Tiket ini boleh diguna semula sebanyak tiga kali dengan menggunakan otomatik topup meshin.  Setiap kali topup pembaca akan diberi discount sebanyak SGD 0.10.  Jika 3 kali guna bermakna discount sebanyak SGD 0.30.  Sekali lihat memang jumlahnya kecil tetapi jika ribuan pengguna menggunakan bermakna kerajaan sanggup bekorban untuk raayat.  Persoalannya bolehkah NegaraKu memberi insentif yang sama bagi meringankan bebanan pengguna LRT.  Jawapanya sudah tentu sah sebagai "Tidak boleh".
Sebenarnya banyak yang Kerajaan Singapura lakukan  perlu mendapat perhatian kita. Bukan meniru atau mencedok idea tetapi memadai jika dikatakan berkongsi idea demi kesejahteraan rakyat  itu sendiri.  Ambil yang baik dan persisihkan mana-mana yang bertentangan khususnya dari nilai-nilai keIslaman.



























BERSAMA DIGARISAN KINI SINGAPURA DIDEPAN