Sunday, March 24, 2013

KATHMANDU CITY NEPAL

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Memasuki Bandar Kathmandu.  Cuaca panas dibawah pancaran sinar matahari tetapi dingin apabila ditiup angin  Sedikit pengenalan tentang bandar Kathamandu.  Terletak 1,400m daripada paras laut dan membentuk sebuah lembah dengan diapit oleh 4 banjaran pergunungan. Shivapuri, Phulchoki, Nagarjun dan Chandragiri.
Trivunan Airport Nepal

Pick your choice & Merayap

Semua beg tersebut telah pun membuat ratusan ribu KM merentas dunia kecuali Benua Amerika Utara dan Selatan.

Penduduknya Kathmandu  mengikut bancian terkini ialah sekitar satu juta orang dan majoriti mereka berugama Hindu, Buddha dan minoriti lain termasuk Islam.  Kaya dengan budaya kehinduan (Semak UNESCO World Heritage Side) dan sumber pendapatan  bergantung kepada industri setempat, barangan keraf dan juga pelancungan.

                                        Jalanraya masih 3rd class dan berdebu diseluruh Kathmandu.  (Pembaca diingatkan membawa penutup muka jika ke Kathmandu).  Berlubang dan dalam pembinaan semula pada keseluruhannya.  Bangunan lama dan tradisi tersergam kuno dapat dilihat dimana-mana.  Bangunan-bangunan morden juga mula dibina tetapi ketinggian kurang daripada 8 tingkat.  Merayap agak susah kerana tiada "landmarks" sebagai lokasi panduan. 
Peta jalanan tidak dibekalkan secara percuma dan cuma dapat dibeli dikedai-kedai buku.    Walau  pun mereka merupakan sebuah negara tumpuan pelancung tetapi persediaan pihak berkuasa dalam menyambut kedatangan pelancungan  "Tiada".  Satu kerugian besar jika dibandingkan dengan cara bagaimana New Zealand menyambut kedatangan pelancung.  Promosi dan bahan bacaan terdapat dimana-mana.

                                Ketika ini April - November, Kathmandu dibanjiri ratusan ribu pelancung.  Mereka samaada pelancung biasa atau pendaki-pendaki yang ingin mendaki Gunung Everest dimana permit pendakian akan dikeluarkan pada bulan Mei setiap tahun.  Kathmandu begitu sesak sekali khususnya pada waktu malam.  Tetapi malang sebagaimana ZBA maklumkan diatas, masalah pihak berkuasa.  Bekalan elektrik sering terputus dan catuan dikenakan mengikut waktu.  (Sediakan lilin didalam hotel). 
Bandar Kathmandu berada dalam samar-samar diwaktu awal malam (petang) dan suasana menjadi muram dan tidak bermaya.  Perniagaan tidak mendapat sambutan dan pelancung hanya mundar mandir dan lebih menumpukan masa untuk bersantai dan makan malam.  Restoran kebiasaannya ditempat tertutup untuk mengelakan daripada debuan jalanraya yang berterbangan.
Hotel penginapan dimana-mana khususnya dikawasan tumpuan pelancung di Thamel.  Harga agak murah jika dibandingkan dengan servis yang diberikan.  Banyak hotel mengadakan pick-up daripada airport ke lokasi hotel penginapan secara percuma yang jaraknya hanya 7 km daripada Thamel.  Manakala bagi hotel bertaraf 5* harga yang ditawarkan sama dimana-mana negara dengan lokasi yang baik tetapi jauh dari lokasi tumpuan dan kemudahan atau keperluan pelancung.

Makanan.  Tidak menjadi masalah bagi semua tiada kira apa agama.  Pilihan mengikut keperluan masing-masing. Harganya berpatutan mengikut menu. 
Pastinya  penduduk Nepal adalah terdiri daripada penganut Hindu atau Buddha.  Mereka lebih kepada "vegitarian" dan menu utama ialah nasi dan capati.  Kari adalah masakan kegemaran dimakan bersama nasi dan lain-lain.   Kepada penggemar ikan, ikan jarang kelihatan dalam menu makanan di Nepal.  Jika terpaksa atau kempunan, pembaca boleh memesan dan memilih ikan air tawar sebagai pilihan. Mungkin dari jenis specis Talapia.

Makanan Islam.  Sememangnya sukar untuk mencari dalam tulisan-tulisan bloger.  ZBA sendiri pernah mengalami kesukaran mendapatkan fakta sebenar.  Tetapi apabila berada disana, sebenarnya tidak menjadi masalah.  Restoran Terkenal, Anatolia Restorant terletak di JP Road, Thamel merupakan pilihan terbaik.  Kathmandu Neeralla (Halal fast food) di Urbar Marg dan Halena's di Thamel.  Pada penggemar masakan China Islam terdapat satu restoran di Thamel menyediakan masakan kambing yang terbaik dan lam mie (Mi tarik segera).  Restorant terletak diaras dua bangunan dan senantiasa dipenuhi oleh masyarakat China Islam khususnya waktu makan tengahari.
Jauh di Bag Bazaar dimana terletaknya Nepalis Mosque terdapat sebuah restorant tetapi kedudukannya agak terlindung.  Manakala kawasan sekitarnya juga terdapat gerai-gerai menjual makanan Islam.  Pilihan terbaik juga terdapat disesetengah hotel yang menyediakan makanan Islam.  Secara keseluruhannya kunjungan ke Nepal tidak memerlukan me maggi sebagai persediaan dharurat.

Kathmandu mempunyai ramai penganut Islam.  Mereka ada yang berasal daripada India, Kashmir, China (Tibet) dan penduduk asal Nepal.  


Mempunyai dua buah Masjid yang besar terletak selang 200m diantara satu sama lain.  Dikenali sebagai Kashmiri Mosque dan Nepalis Mosque.  Kashmiri Mosque lebih besar dan mempunyai sebuah sekolah Agama yang lengkap dengan 380 pelajar dari peringkat bawah sehinggalah ketahap lapan.  3 imam bertaraf Al-Hafiz silih berganti mengepalai jemaah semasa solat waktu.


Kebanyakan daripada masyarakat Islam Nepal bergiat cergas dalam bidang perniagaan.  Dikawasan tumpuan pelancung khususnya di Thamel, 85% perniagaan "Sourviner T Shir" adalah dimiliki masyarakat Islam.  Selainnya ialah perjual batu-batu permata dan jade, barangan kraf dan kedai-kedai kain khususnya silks yang didatangkan daripada Kashmir.

Pelancungan.  Nadi dan sumber pendapatan utama yang pesat berkembang selain daripada barangan kraf dan produk-produk perusahanan tempatan. 

Sebagaimana yang pembaca sedia maklum tarikan utama ke Nepal ialah Gunung Everest, Pokhara Chitwan dan Mount Kailash.  Bagi bandar Kathmandu sendiri selain daripada Durbar Square, semua tumpuan pelancung adalah tertumpu kepada  tempat-tempat ibadat ugama Buddha atau Hindu disekitar Kathmandu.  Contoh Kuil Buddha yang terletak 175m dari paras laut bernama Swayambhunath yang mana ada kaitan dan hubung kait dengan agama Buddha di Lhasa, Tibet.  Selainnya Kuil Bodhnath dan Kumari Temple yang terletak sekitar Kathmandu.

Durbar Square adalah pusat bagi Kathmandu.  Tiada banyak perbezaan dan boleh dikatakan semuanya mirip kepada aktiviti keagamaan penduduk setempat.  Kepada penggemar seni bina dan bangunan-bangunan lama, adalah satu kemestian jika melawat Kathmandu.




Selain daripada itu 
Kathmandu 
adalah tempat yang paling sesuai untuk penganut agama Buddha disamping masyarakat India.


Bagi kali ini ZBA tidak berhasrat merayap di Kailash, Pokhara dan Chitwan.  Tumpuan kami ialah Overland daripada Kathmandu ke Kodari (Nepal), memasuki Tibet dari Zhang Mu ke Segar (New Tingri), Shigatse, Gyantze dan Lhasa.  Daripada Lhasa kami akan berkeretapi selama 3H/2M ke Beijing merentasi ketinggian 5,033m daripada Sea Level yang merupakan The Highest Train Track in The World. 

FOLLOWS ME AND SEE MORE

Friday, March 1, 2013

DOCUMENTS FOR ROOFTOP OF THE WORLD

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Rooftop of the World gelaran bagi Tibet Plateau.  Dikelilingi oleh empat banjaran gunung tertinggi dunia dengan penduduknya  kurang daripada 3j orang.  Tibet adalah unik dan terpencil daripada dunia luar.  Menjadi terkenal dengan keujudan Agama  Buddha dan kebudayaanya sejak zaman berzaman. 

Kali ini ZBA akan mula merayap bermula   daripada   LCCT Kuala Lumpur terus ke Kathmandu Nepal memasuki Tibet (Lhasa) dan berkeretapi terus ke Beijing, China. 
Sekali lagi tahniah kepada AirAsia yang telah membuka laluan ke Kathmandu dengan tambang serendah RM399.00 dengan penerbangan D7 192 oleh Air Asia X.  Nepal sebenarnya terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan kawasan pergunungan bersalji.  Masa yang paling sesuai untuk melawat negara ini ialah mulai April sehingga Oktober setiap tahun.  Bagi bulan-bulan yang lain kebanyakan aktiviti pelancungan di Nepal tertutup oleh kerana cuaca musim sejuk yang melampau.  



Bagi pemegang passport 1M, mereka boleh mendapatkan Visa on Arrival (VOA) atau menempah visa disini.  Visa bagi perjalanan kurang daripada 14 hari VOA ialah USD25 atau visa tempatan RM95.00.  Pejabat kedutaan Nepal bertempat diaras 13A Bangunan MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Pengembaraan di Himalaya adalah dibawah kawalan.  Orang persaorangan tidak boleh membuat pengembaraan secara bersendirian atau kumpulan tanpa mendapat kebenaran bertulis dan bayaran kepada  pihak berkuasa tempatan.  Kita juga wajib ditemani seorang juruarah dan tidak mengembara diluar bulan-bulan yang dibenarkan.  Semua package pengembaraan yang akan memasuki Lhasa dikehendaki mendapatkan Tibet Travel Permit (TTP) terlebih dahulu. Bayaran persaorangan bagi TTP ialah RM 250.00. Kegagalan berbuat demikian, pembaca tidak akan dibenarkan melawat Lhasa dan kawasan disekitarnya.  Jika tertangkap penalti yang berat akan dikenakan.  Juga diingatkan bahawa jangan sekali-kali bercakap tentang politik yang berhubung kait dengan Tibet semasa berada disana kerana ini adalah amat sensitif.

Bagi pengembara yang datang ke Kathmandu terlebih dahulu dan menuju destinasi Tibet (Lhasa), kita tidak perlu untuk mendapatkan visa untuk ke China  terlebih dahulu.  Visa akan diuruskan oleh ajensi pelancungan yang akan  memohon visa secara berkumpulan (Four in one group) juga  telah termasuk dalam all-in package pengembaraan.  
Prosidur ini juga sama sekiranya pembaca datang daripada Tanah besar China dan menuju Lhasa dan seterusnya Kathmandu, Nepal.  Oleh yang demikian sebelum membuat tempahan untuk tiket keretapi daripada mana-mana destinasi di China, pembaca diingatkan terlebih dahulu mendapatkan TTP sebelum berurusan di kaunter tiket atau on-line booking.
Sesungguhnya pengembaraan ini adalah mahal jika dibandingkan dengan jarak dan masa bagi perjalanan yang pernah ZBA lalui setakat ini. Merujuk kepada lakaran peta diatas jarak yang ditempoh ialah 12,492 Km dan kos basic pp ialah RM4,100.00.  Ini bermakna kos bagi satu Km ialah RM0.32 untuk tempuh merayap 14D/13N.  Jika kita boleh merayap sendiri kosnya cuma sekitar RM2,500.00 sahaja.



Paparan ini adalah study journeys yang ZBA rangka dan tidak menceritakan  secara terperinci bagi bandar-bandar dan perjalanan yang bakal ditempuh.  Itu akan dinyatakan dalam blog-blog akan datang berserta gambar-gambar pilihan untuk pengtahuan kepada bakal pengembara akan datang.  Overland Trip Malaysia-Nepal-Tibet & China bermula daripada Kuala Lumpur dan berahir di Beijing China.

Penerbangan merentas bumbung dunia dan sebentar lagi kami akan mendarat di Katmandu, Nepal.  Dari gerak geri awan, cuaca mungkin sekitar 23C dan angin dilihat bertiup agak kencang.  Kami selamat mendarat dan episod pengenalan pertama blogger ialah Bandar Kathmandu itu sendiri.  Selepas urusan imigrasi dan kastam kami keluar dari terminal untuk melepaskan sedikit stress almaklum 4 jam berada  didalam dada pesawat adalah amat membosankan.
Memasuki bandar Kathmandu, ZBA disambut pemandangan penuh keindahan kawasan tanah tinggi dan pergunungan yang amat menakjubkan.  Nun jauh disana sini terpancar kebesaran Allah yang Maha Esa.  Episod merayap akan bermula selepas ini di Blog seterusnya.

JOURNEYS TO ROOFTOP OF THE WORLD